Saturday, July 17, 2010

NAJAH DI KEDAI BUNGA

Ibu bapa yang budiman;

Siri buku bertema prasekolah karangan Suraya Zaidon, Rusleda Awang dan Sarimah Harun ini telah dipasarkan sejak awal tahun 2009 yang lalu. Buku-buku ini hangat diperkatakan di kalangan pendidik pra sekolah. Ianya menjadi pilihan anak-anak dan mereka amat mengkaguminya. Buku ini amat baik dan berguna untuk dijadikan koleksi bagi pemilik sekolah-sekolah tadika dan koleksi peribadi ibu bapa untuk anak-anak tersayang!

Ianya dipasarkan dengan satu set promosi berharga RM55.00. Harga biasa ialah RM70.00 yang mengandungi 15 buah buku. Salah satu buku tersebut diperturunkan disini sebahagian isinya untuk panduan dan penilaian ibu bapa sekalian.












klik gambar untuk besarkan imej
























































































Penulis: SURAYAH ZAIDON, RUSLEDA AWANG DAN KARIMAH HARUN
Penerbit : MEP EDUCATIONAL CONSULT SDN BHD
Harga senaskhah: RM5.00
Harga satu set: RM55 (promosi)
Harga biasa : RM70.00

Penghinaan Mahkamah : Undang-Undang Sivil & Undang-Undang Islam


"Kedua-dua mahkamah, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah Islam, mempunyai bidang kuasa bagi menangani kes-kes yang berkaitan dengan penghinaan mahkamah. Banyak prinsip dan konsep yang di dapati mempunyai persamaan antara kedua-dua undang-undang. ini adalah kerana kedua-duanya bermatlamatkan keadilan. Cuma dalam undang-undang Islam penghinaan mahkamah tidak hanya terhenti setakat mahkamah itu sahaja, bahkan ia berkait dengan hukum hakam, akidah, kemuliaan Rasulullah saw dan Maha Agung Allah swt"- kata pengantar.

Buku ini memaparkan secara akademik mengenai konsep penghinaan mahkamah di kedua-dua sistem- Undang-undang sivil yang berteraskan prinsip common law dan undang-undang Islam yang berterasakan al-Quran dan sunnah. Ianya sesuai sebagai satu rujukan akademik dan menambah pengetahuan.

Penulis: MOHD NADZRI BIN HAJI ABDUL RAHMAN
Penyunting: DR ABDUL BASHIR HJ MOHAMAD
Penerbit: MAKHZUM BOOK SERVICES
Garga: RM25.00

UNDANG-UNDANG TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH Prinsip Dan Amalan

UNDANG-UNDANG TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH Prinsip Dan Amalan

Penulis : MOHD NADZRI BIN HAJI ABDUL RAHMAN IBRAHIM
Terbitan: KARYA KREATIF PUBLICATIONS
Tebal: 339 halaman
Kulit: Hard cover
Harga: RM124.00

Buku ini masih dalam proses akhir penerbitan.

Friday, July 16, 2010

Prosiding Interlokutori dan perintah Interim Di Mahkamah Syariah

Buku ini cuba memaparkan secara objektif mengenai prosiding interlokutori dari sudut amalannya di Mahkamah Syariah berdasarkan pemakaian undang-undang yang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Perbincangan adalah menyentuh mengenai konsep prosiding interlokutori, perintah interim, pemakaian konsep ex parte, injunksi dan sebagainya. Turut dimuatkan ialah kes-kes Mahkamah termasuk yang masih yang berkaitan.


klik untuk besarkan imej



Hubungi melalui email: karyakreatif@ymail.com (pengarang)

Siri Buku Pra Sekolah

Assalamualaikum,

Minat kanak-kanak untuk membaca perlulah sentiasa dipupuk dan dirangsang. Buku-buku ini ditulis secara kreatif oleh pengarangnya Surayah Zaidon, Rusleda Awang dan Karimah Harun khusus bagi memperkenalkan kanak-kanak yang masih diperingkat awal persekolahan kepada merangsang minat mereka untuk membaca. Ditulis dengan visual berwarna warni yang menarik perhatian mereka - Rusleda Awang











































klik untuk besarkan imej






















klik untuk besarkan imej




















hubungi 0193772828 -Pn Rusleda (MPI)


Karya Kreatif Publications


















Assalamualaikum wbt,

Salam hormat dan salam 1 Malaysia,

Blog ini disediakan untuk kami berinteraksi dengan anda semua sebagai pelanggan yang dimuliakan. kami adalah satu entiti baru dalam dunia perniagaan yang penuh ranjau. Sokongan anda semua adalah amat diperlukan bagi menambahbaik organisasi kami dalam menerbit, mengedar dan mengeluarkan buku-buku bermutu.

Selaras dengan motto kami "buku pemacu ilmu", kami sedang berusaha untuk menerbitkan sebeberapa banyak buku, bahan-bahan bertulis yang berkualiti dan memenuhi kehendak serta keperluan masyarakat.

Pada ketika ini produk syarikat kami hanya menumpukan kepada penerbitan peribadi yang berbentuk akademik dan kanak-kanak. Sebagai satu organisasi baru, sumbangan anda adalah amat diperlukan. Jika anda seorang penulis, penerbit, pengedar atau yang berminat menyertai industri ini, anda boleh berhubung dengan kami melalui email:

karyakreatif@ymail.com

Sekian terima kasih.